Gunung oh gunung.Kelakar jugak bila aku tgk gunung nie.Orang boleh terkejar-kejarkan gunung. Memang pelikkan kalau kita still nak kejar gunung walaupun kita tau yang gunung tu memang tak dapat nak lari kat mana-mana. So, samalah kesnya dengan orang yang suka sangat mendaki gunung. Bila dah duk atas tu mula la bercerita bertapa bestnya kat situ, kalau boleh nak rakam every moment yang ade, sesaat pon takkan dilepaskan, tak nak turun seyhh!! nak hirup udara atas gunung tu sampai kembang2 hidung masing2.Pastu nak pacak bendera Malaysia kat tengah gunung..Wah begitu bangga dapat panjat gunung!! “Ape yang diorang dapat actually duk tinggi kat atas puncak tu?” ni lah soalan tipikal yang orang kat bawah ni akan tanya sambil ternganga dengar cite mereka2..pelik kerana terlalu obseskan gunung tu.
“Yela, ko duk bawah je..Memang tak rase best macam orang yang kat pucak tu”
“Ala..malas la nak panjat susah-susah nak naik atas, badan tak fit, kena banyak wat latihan, nanti tak larat, banyak amek masa, bla bla bla, …,…” Macam-macam alasan cuba dipikirkan,dalam masa sepuluh saat, sepuluh alasan boleh keluar dari mulut orang yang kat bawah ni.
“Biasalah tu, mula-mula kene la training..kang lutut tercabut sape yang susah?”
“Hmm.. tapi penat-penat je nak panjat gunung..bukan ade ape..hutan je keliling..”
“Tula, orang kat bawah ni selalu fikir cetek sangat. Kalau berbuih mulut cite betapa bestnya kat atas tu korang bukan dapat feel pon..tujuk gamba pun korg tak excited..”
“Esok-esok la, bila ktorang dah fit, dah ade feel nak naik baru pikir.”
------------------------------------------------------------------------------------------
Akhirnya orang yang kat bawah tu dapat jugak naik. Tiap-tiap hari kena brainwash dengan bdk-bdk yang dh panjat gunung, memang ade jugak la sekelumit rasa nak naik. Tapi bila dah naik..macam-macam reaksi ade..
“Alaa....macam ni je ke kat atas ni..serupa cam gambar..”
“Biasa je aku tengok kat tempat ni..tak de pe2 menarik pon..”
“Boleh tahan jugak..tp aku dah malas nak naik dh lepas ni..”
“Wahh..memang cantik la kat atas ni..patut la korg suruh sgt naik..”
“Kalau aku taw la kat atas ni ade macam-macam..mmg aku naik tiap-tiap hari!”
Masing-masing ade opinion sendiri. Terlalu subjektif untuk diperkatakan. Mungkin ade yang dari kecik dah dilatih untuk panjat gunung, mungkin juga yang tertarik bila tgk gambar, mungkin hanya perasaan ingin mencuba dan mungkin apabila telah dipaksa berkali-kali.
Tapi hasil yang dapat berbeza-beza.. Ada yang baru panjat sekali dah terus minat, ade pula dah diajak berpuluh kali tapi masih tidak minat.
Pelikkan.. Kenapa tak semua je minat?? Semua tuh bergantung pada niat seseorang yang disertai dengan kesungguhan dan keikhlas.
Ya. Memang niat semua nak panjat gunung..tapi bukan semua berikan 100% effort utk lakukannya, dan bukannya semua sepenuh hati ikhlas nak panjat.
------------------------------------------------------------------------------------------
Di puncak gunung itu ibaratkan adanya ‘keredhaan Allah serta kemanisan iman’
Peserta yang nak panjat tu, of course semuanya orang islam
Hanya sesiapa yang dah mengecapi kemanisan iman itu sahaja mampu menilai kehebatan dan kemanisannya. Walau cuba sedaya upaya cite kat orang lain mungkin 5% je yang akan betul-betul faham.
Sesiapa yang terniat untuk memanjat gunung tu pula ibarat telah diberi hidayah oleh Allah untuk kembali ke jalannya.
Latihan serta usaha yang istiqamah sahaja mampu sampai ke puncak, kalau setengah jalan je training tak jadi juga.
Dan.. setelah sampai dipuncak.. hanya perlu bertawakal dan berdoa agar dibukakan pintu hati untuk mendapat rahmat Allah. Kerana bukan mata yang buta..tetapi hati yang tak memahami..
p/s: “gunung” akan lari juga sekirannya tiada lagi yang mahu mengejarnya.
Wallahualam.