Sunday, 21 August 2011

terima kasih cinta





bila terpandang pada birunya langit, tenang rasa di hati. 
segala masalah hilang entah ke mana.
bila melihat putihnya salju, terukir senyuman dibibir,
biarpun ianya cuma salji disekeping gambar.

nafasku tarik sedalam-dalamnya, mataku pejam serapat-rapatnya.
cubaku nikmati indahnya ciptaan Ilahi.
hati yang gusar menjadi tenang sekelip mata, tersenyum aku bersyukur,
masih diberi peluang untuk menjalani hari-hari yang telah disediakan untukku.
masih tidakku tahu apa yang disediakanNya buatku hari ini,
cuma aku pasti segalanya tentu yang terbaik.
tidak ada keraguan untukku memulakan hari-hariku,
sungguh aku yakin aku tidak keseorangan kali ini.

kakiku melangkah pantas kehadapan, tidak lagi mahu menoleh.
biarkan waktu pergi, dan segera meninggalkan sejarah silamku.
mengapa begitu lewat aku tersedar dari mimpi ini?
mujur masih mampu untukku bangun.

biarpun sedikit terlewat, aku cuba mengejar.
berusaha untuk mencarimu kembali, tidak pernah mudah.
menyesal segenap hati kerana pernah mengabaikanmu.
namunku berdoa dengan sesungguhnya aku bertemu dengan mu. 

titisan air mata menemani lenaku, 
sedih mengenangkan diriku yang pergi menjauhimu
aku tidak mahu yang lain, hanya dirimu!
bertambah sebak bila kutahu kau setia menungguku.

ku pinta dalam sujudku agar hati ini tidak lagi lalai menjagamu,
aku takut untuk kehilanganmu buat kesekian kalinya.
walaupun dirimu bukan cinta pertamaku, tetapi aku hanya mencintaimu.
kaulah agamaku, kaulah Islam. 






No comments: