Bismillahirahmanirahim
Hari ini sy ingin berkongsi satu artikal menarik yg dipetik dari buku ‘Jangan Tidak-Tidak’ hasil tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Hajj iaitu mengenai ‘Ibu Jari Kaki sebagai Suis Badan’.
Kalau becerita pasal suis mesti dah tau fungsinya kan??. Suis sudah semestinya digunakan untuk ‘ON’ sesuatu benda, contohnya suis kipas digunakan untuk ‘ON’ kipas tu kasi pusing.. Suis badan pula digunakan untuk ‘ON’ badan! Suis badan ni kalau semakin kerap dipetik semakin BAGUS psikologi kita. Maksudnya semakin bagus harmoni, aura dan arus dalam diri. So, salah satu cara nak dapat hidup yg bagus aman damai indah harmoni bla bla bla , kita kenalah selalu petik suis ni.
Analogi yg sesuai buat mereka yg tak faham : UBAT GIGI, bila kita picit ubat gigi tuh, keluar ‘ubat gigi’ yg putih tu kat muncung atas kan? Tenaga yang KITA picit dari bawah tu telah tolak ‘ubat gigi’ supaya keluar. Ubat gigi tu takkan keluar dengan sendirinya kalau KITA tak picit!
Ok, itu contoh ubat gigi. Kalau ibu jari kaki? Memang tak nampaklah hasil tu kalau kita picitpon, tapi kesannya dapat dirasai oleh badan kita. ‘Nerve’ atau saraf kat kaki kita ni rupa-rupanya berkaitan dengan tubuh badan yang lain. Contoh dlm buku nie : “kadang-kadang bila kita picit dada, contohnya terasa di paha; kadang-kadang kita picit lengan terasa dibelakang” pernah ke alami? (mungkin sedar atau tidak)
Ah..lagi satu, kita pernah tengok orang urut telapak kaki kan, atau nama lainnya ‘Refleksologi’. Masa kecik-kecik time pergi taman or hospital ada tempat batu-batu, yang orang jalan atas tu tanpa selipar, tp sy dengan selambanya berlari-lari dengan selipar sebab kalau jalan dgn kaki ayam sakit!
Sebagai orang islam, kita kena bersyukur sangat-sangat sebab hari-hari suis badan dipetik. Waktu solat, 5 kali sehari, kalau campur 20 rakaat tarawikh, witir, solat-solat sunat lagi..warghhh.. kalau nak dapatkan hasilnya, suis tu kena la picit betul-betul. Maksudnya bengkokkan ibu jari kaki betul-betul waktu sujud, duduk antara dua sujud, tahiyat awal dan tahiyat akhir. Ada yang tak nak bengkokkan ibu jari kaki waktu dia solat. Tiada siapa sangka cuma membengkokan ibu jari kaki dapat memberi kesan besar kepada diri kita. Mula-mula memang rasa sakit, tapi kalau dah biasa buat okay je. Ini satu kelebihan waktu kita solat, tapi kalau korang nak tau macam-macam lagi kebaikan masa solat boleh la baca kat link nie.
Subhanallah :) memang setiap sesuatu yang Allah lakukan tak pernah sia-sia.
No comments:
Post a Comment