Apa-apa sahaja boleh terdetik di hati ini, cuma akal yang sihat dan yang berlandaskan keimanan sahaja menentukan perilaku sesuatu perkara itu.
Wednesday, 27 July 2011
Belum selesai tugasku..
kerja memang tak pernah habis!! hari-hari pergi kerja..malas pon terpaksa jgk la pergi kerja..pagi-pagi dah keluar rumah, petang baru balik.. duk rumah pon bkn boleh goyang kaki, kerja berlambak nak kene siapkan.. xsanggup rasanya nk dengar bebelan bos..nak tak nak kene buat la jgk sampai siap..gaji pon bos yg bayar..
kat tempat kerja 'bos' dianggap ketua sebab tempat tu dia yg punya..segala yg dia cakap semuanya betul..perkerja ni buat semua benda dr A sampai Z tanpa membantah..berani ke nak lawan bos??sekali dia pecat!! tersengih la macam kerang busuk tepi tingkap office..
kebiasaannya semua kerja mesti ada ketua atau bos laa..dia yg tetapkan segala-galanya..pekerja kene akur dan buat semua kerja yg ditetapkan..
....belum selesai lagi tugasku sebagai hambaNya...menjadi 'hamba' kepada Allah s.w.t juga satu tanggungjawab yg besar kat dunia ni..
Allah s.w.t adalah 'bos' kat dunia ni..Dunia diciptakan oleh-Nya..
Kita manusia diberi peluang untuk hidup kat dunia nie tapi bukan untuk bergembira atau bersenang-lenang..
p/s: jgn fikir bole buat sesuka hati kat dunia nie! :)
Allah s.w.t dah tetapkan syarat-syarat dan cara-cara camne nk hidup dengan cemerlang sebagai hamba-Nya..solat,puasa,zakat,menutup aurat etc.. semua merupakan 'kerja' yg telah ditetapkan oleh Allah s.w.t... kalau buat kerja tu kenalah bersungguh-sungguh kn?? bekerja dengan Allah s.w.t turut memerlukan komitmen yg tinggi..sebab ganjaran yg diberikan tersangatlah besar iaitu SyurgaNya..insyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment