"Shopping"-perkataan yang biasa sangat bermain dibibir-bibir kaum wanita, anugerah "shopaholic" pon biasanya dimenangi oleh kaum wanita. Ehh,kaum lelaki ade juga yang jenis ber'shopping' ni..atau lebih dikenali dengan gelaran lelaki metroseksual.
Actually ape la yang di'shopping'kan oleh mereka ni. Baju memang tak pernah cukup, beg sampai dah tak cukup lengan nak pakai, kasut berkotak-kotak belum pernah pakai lagi. Sebenarnya bukan nak pakai sangat, but orang-orang shopaholic ni having fun by just spending "some" of their money. Kalau nak diikutkan nafsu dan hati ni semua benda nak dibelinya walaupun benda tu bukan lah perlu sangat, tapi kepuasan yang tak pernah puas. Lebih-lebih lagi kalau orang bujang, yela tak de tanggungan nak dipikirkan, duit tak taw dah nak bagi kat sape. Memang itulah waktu puncak untuk mencari barang-barang berjenama bagi menghias diri
Kalau nak hilang stress gi shopping, hobi pon shopping juga. Tak tenang hidup kalau dalam sebulan tu takde barang baru!
Jangan ingat orang-orang yang kuat shopping ni tak pandai berjimat. Dorang sangat pandai simpan duit dan sangat juga pandai membelanjakannya.HAHA and bila duit tuh dah cukup banyak dan boleh beli barang yang berjenama lagi memuaskan, time tu la mereka-mereka ni menyerang shopping malls. Kalau tak de duit macam mane nak shopping? so, kalau nak dapatkan tips-tips kumpul duit boleh lah tanya kat mereka yang kuat shopping..MAYBE dorg boleh membantu.
Sesak-sesak kat bandar penuh dengan masyarakat yang semakin terdedah dengan budaya "shopping" ni terutama dalam bulan Ramadan. Nak berbuka pon shopping bagai nak rak kat bazar2. Cari makanan nak berbukalah katakan. Raya pon dijadikan alasan juga. Semua lapisan masyarakat membanjiri semua jenis shopping malls, kedai-kedai, bazar2..sampaikan kedai online pon dipenuhi dengan pelanggan. Macam-macam jenis bussiness sekarang ade. Tak perlu keluar rumah pon nak g shopping!Memang untung lah sape-sape yang rajin wat bussiness nie!*pastu letak harga macam hapeee...*
HUHU..Tanpa disedari baju kurung paling kurang dah ade lima untuk raya ni! *betapa melamapu* Padahal raya tahun ni tak adelah lama sangat cutinya. Baju raya dua tiga pasang cukuplah.
Paling penting; "shopping" adalah perkara yang tak menguntungkan sama sekali! Malah paling dirisaukan sekiranya berlebihan akan dicop sebagai 'pembaziran' .
Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari)Yup, Rasulullah s.a.w menghalang umatnya dari pembaziran, berbelanja memang tak salah, tapi biarlah secara beserdehana.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).Sungguh senang syaitan mengumpulkan saudara-maranya. Lihat sahaja di mall-mall, kedai-kedai semuanya berpotensi menjadi saudara syaitan. InsyaAllah, kawal diri semasa berbelanja dan memegang konsep beserdehana mampu menjauhkan kita dari terjebak dalam budaya shopaholic. "Perlukah aku?" "perlu atau nafsu?" tanyakan soalan-soalan ini sekiranya terasa hampir terpesong ke jalan syaitan.
No comments:
Post a Comment