Tuesday, 23 August 2011

Takkan dikejar kalau gunung tak lari





Bismillahirahmanirrahim

Gunung oh gunung.Kelakar jugak bila aku tgk gunung nie.Orang boleh terkejar-kejarkan gunung. Memang pelikkan kalau kita still nak kejar gunung walaupun kita tau yang gunung tu memang tak dapat nak lari kat mana-mana. So, samalah kesnya dengan orang yang suka sangat mendaki gunung. Bila dah duk atas tu mula la bercerita bertapa bestnya kat situ, kalau boleh nak rakam every moment yang ade, sesaat pon takkan dilepaskan, tak nak turun seyhh!! nak hirup udara atas gunung tu sampai kembang2 hidung masing2.Pastu nak pacak bendera Malaysia kat tengah gunung..Wah begitu bangga dapat panjat gunung!! “Ape yang diorang dapat actually duk tinggi kat atas puncak tu?” ni lah soalan tipikal yang orang kat bawah ni akan tanya sambil ternganga dengar cite mereka2..pelik kerana terlalu obseskan gunung tu.

“Yela, ko duk bawah je..Memang tak rase best macam orang yang kat pucak tu”

“Ala..malas la nak panjat susah-susah nak naik atas, badan tak fit, kena banyak wat latihan, nanti tak larat, banyak amek masa, bla bla bla, …,…” Macam-macam alasan cuba dipikirkan,dalam masa sepuluh saat, sepuluh alasan boleh keluar dari mulut orang yang kat bawah ni.

“Biasalah tu, mula-mula kene la training..kang lutut tercabut sape yang susah?”

“Hmm.. tapi penat-penat je nak panjat gunung..bukan ade ape..hutan je keliling..”

“Tula, orang kat bawah ni selalu fikir cetek sangat. Kalau berbuih mulut cite betapa bestnya kat atas tu korang bukan dapat feel pon..tujuk gamba pun korg tak excited..”

“Esok-esok la, bila ktorang dah fit, dah ade feel nak naik baru pikir.”

------------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya orang yang kat bawah tu dapat jugak naik. Tiap-tiap hari kena brainwash dengan bdk-bdk yang dh panjat gunung, memang ade jugak la sekelumit rasa nak naik. Tapi bila dah naik..macam-macam reaksi ade..

“Alaa....macam ni je ke kat atas ni..serupa cam gambar..”

“Biasa je aku tengok kat tempat ni..tak de pe2 menarik pon..”

“Boleh tahan jugak..tp aku dah malas nak naik dh lepas ni..”

“Wahh..memang cantik la kat atas ni..patut la korg suruh sgt naik..”

“Kalau aku taw la kat atas ni ade macam-macam..mmg aku naik tiap-tiap hari!”

Masing-masing ade opinion sendiri. Terlalu subjektif untuk diperkatakan. Mungkin ade yang dari kecik dah dilatih untuk panjat gunung, mungkin juga yang tertarik bila tgk gambar, mungkin hanya perasaan ingin mencuba dan mungkin apabila telah dipaksa berkali-kali.

Tapi hasil yang dapat berbeza-beza.. Ada yang baru panjat sekali dah terus minat, ade pula dah diajak berpuluh kali tapi masih tidak minat.

Pelikkan.. Kenapa tak semua je minat?? Semua tuh bergantung pada niat seseorang yang disertai dengan kesungguhan dan keikhlas.

Ya. Memang niat semua nak panjat gunung..tapi bukan semua berikan 100% effort utk lakukannya, dan bukannya semua sepenuh hati ikhlas nak panjat.

------------------------------------------------------------------------------------------

Di puncak gunung itu ibaratkan adanya ‘keredhaan Allah serta kemanisan iman’
Peserta yang nak panjat tu, of course semuanya orang islam
Hanya sesiapa yang dah mengecapi kemanisan iman itu sahaja mampu menilai kehebatan dan kemanisannya. Walau cuba sedaya upaya cite kat orang lain mungkin 5% je yang akan betul-betul faham.
Sesiapa yang terniat untuk memanjat gunung tu pula ibarat telah diberi hidayah oleh Allah untuk kembali ke jalannya.
Latihan serta usaha yang istiqamah sahaja mampu sampai ke puncak, kalau setengah jalan je training tak jadi juga.
Dan.. setelah sampai dipuncak.. hanya perlu bertawakal dan berdoa agar dibukakan pintu hati untuk mendapat rahmat Allah. Kerana bukan mata yang buta..tetapi hati yang tak memahami..

p/s: “gunung” akan lari juga sekirannya tiada lagi yang mahu mengejarnya.


Wallahualam. 






Monday, 22 August 2011

Love letter buat sahabat



Buat sahabatku,

Bissmillahirahmanirahim.

    Terngiang-ngiang tawamu ditelingaku, masih terbayang senyumanmu ketika bersamaku. Terlalu sekejap masa berlalu, setahun sudahku mengenali dirimu. Orangnya sangat periang, sentiasa mengembirakan hatiku. Masih belum pernah aku melihat dirimu menangis, jauh berbeza dengan diriku yang sudah berkali-kali menangis di hadapanmu 

Sunday, 21 August 2011

terima kasih cinta





bila terpandang pada birunya langit, tenang rasa di hati. 
segala masalah hilang entah ke mana.
bila melihat putihnya salju, terukir senyuman dibibir,
biarpun ianya cuma salji disekeping gambar.

nafasku tarik sedalam-dalamnya, mataku pejam serapat-rapatnya.
cubaku nikmati indahnya ciptaan Ilahi.
hati yang gusar menjadi tenang sekelip mata, tersenyum aku bersyukur,
masih diberi peluang untuk menjalani hari-hari yang telah disediakan untukku.

Saturday, 13 August 2011

Perlu,perlu,perlu~~~

Assalamualaikum


"Shopping"-perkataan yang biasa sangat bermain dibibir-bibir kaum wanita, anugerah "shopaholic" pon biasanya dimenangi oleh kaum wanita. Ehh,kaum lelaki ade juga yang jenis ber'shopping' ni..atau lebih dikenali dengan gelaran lelaki metroseksual.

Actually ape la yang di'shopping'kan oleh mereka ni. Baju memang tak pernah cukup, beg sampai dah tak cukup lengan nak pakai, kasut berkotak-kotak  belum pernah pakai lagi. Sebenarnya bukan nak pakai sangat, but orang-orang shopaholic ni having fun by just spending "some" of their money. Kalau nak diikutkan nafsu dan hati ni semua benda nak dibelinya walaupun benda tu bukan lah perlu sangat, tapi kepuasan yang tak pernah puas. Lebih-lebih lagi kalau orang bujang, yela tak de tanggungan nak dipikirkan, duit tak taw dah nak bagi kat sape. Memang itulah waktu puncak untuk mencari barang-barang berjenama bagi menghias diri


Kalau nak hilang stress gi shopping, hobi pon shopping juga. Tak tenang hidup kalau dalam sebulan tu takde barang baru!
Jangan ingat orang-orang yang kuat shopping ni tak pandai berjimat. Dorang sangat pandai simpan duit dan sangat juga pandai membelanjakannya.HAHA and bila duit tuh dah cukup banyak dan boleh beli barang yang berjenama lagi memuaskan, time tu la mereka-mereka ni menyerang shopping malls. Kalau tak de duit macam mane nak shopping? so, kalau nak dapatkan tips-tips kumpul duit boleh lah tanya kat mereka yang kuat shopping..MAYBE dorg boleh membantu.

Sesak-sesak kat bandar penuh dengan masyarakat yang semakin terdedah dengan budaya "shopping" ni terutama dalam bulan Ramadan. Nak berbuka pon shopping bagai nak rak kat bazar2. Cari makanan nak berbukalah katakan. Raya pon dijadikan alasan juga. Semua lapisan masyarakat membanjiri semua jenis shopping malls, kedai-kedai, bazar2..sampaikan kedai online pon dipenuhi dengan pelanggan.  Macam-macam jenis bussiness sekarang ade. Tak perlu keluar rumah pon nak g shopping!Memang untung lah sape-sape yang rajin wat bussiness nie!*pastu letak harga macam hapeee...*
HUHU..Tanpa disedari baju kurung paling kurang dah ade lima untuk raya ni! *betapa melamapu* Padahal raya tahun ni  tak adelah lama sangat cutinya. Baju raya dua tiga pasang cukuplah.

Paling penting; "shopping" adalah perkara yang tak menguntungkan sama sekali! Malah paling dirisaukan sekiranya berlebihan akan dicop sebagai 'pembaziran' .

Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Yup, Rasulullah s.a.w menghalang umatnya dari pembaziran, berbelanja memang tak salah, tapi biarlah secara beserdehana.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).
 Sungguh senang syaitan mengumpulkan saudara-maranya. Lihat sahaja di mall-mall, kedai-kedai semuanya berpotensi menjadi saudara syaitan. InsyaAllah, kawal diri semasa berbelanja dan memegang konsep beserdehana mampu menjauhkan kita dari terjebak dalam budaya shopaholic. "Perlukah aku?" "perlu atau nafsu?" tanyakan soalan-soalan ini sekiranya terasa hampir terpesong ke jalan syaitan.


Thursday, 11 August 2011

Cinta seorang Ayah


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, anak perempuan yang sedang bekerja diperantauan, anak perempuan yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, anak perempuan yang sedang bersekolah atau belajar jauh dari kedua orang tuanya…..sering sekali rindu akan ibunya

Lalu bagaimana dengan Ayah?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelifon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan Ibu untuk menelifonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, Ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sepulang Ayah bekerja dan dengan wajah lelah Ayah selalu menanyakan pada Ibu tentang kabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?
Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil…… Ayah biasanya mengajarkan putri kecilnya naiki basikal. Dan setelah Ayah yakin padamu, Ayah akan melepaskan roda bantu di basikal itu…
Kemudian Ibu dgn risaunya : “Jangan dulu Ayah, jangan dilepas dulu roda bantunya” ,
Ibu takut putri manisnya terjatuh lalu terluka….
Tapi sadarkah kamu?
Bahwa Ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan  
karena dia tahu putri kecilnya PASTI BOLEH.



Pada saat kamu menangis merengek meminta mainan yang baru, Ibu menatapmu hiba.. Tetapi Ayah akan mengatakan dengan tegas : “Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang”
Tahukah kamu, Ayah melakukan itu karena Ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi?
Saat kamu sakit, Ayah yang terlalu kuatir sampai kadang-kadang memarahi dengan berkata :
“Ayah dah kata! Jangan minum air sejuk!”.
Berbeza dengan Ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.
Ketahuilah, saat itu Ayah benar-benar mengkuatirkan keadaanmu.

Ketika kamu sudah meningkat remaja….
Kamu mulai menuntut pada Ayah untuk dapat izin keluar malam, dan Ayah bersikap tegas dan mengatakan: “Tidak boleh!”.
Tahukah kamu, bahwa Ayah melakukan itu untuk menjagamu?
Karena bagi Ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat – sangat berharga..
Setelah itu kamu marah pada Ayah, dan masuk ke bilik sambil menghentak pintu…
Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah Ibu….
Tahukah kamu, bahwa saat itu Ayah memejamkan matanya dan menahan gelodak dalam dadanya,
Bahwa Ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi dia HARUS menjagamu!

Ketika saat seorang lelaki mulai sering menelponmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,
Ayah akan memasang wajah paling cool sedunia…. :’)
Ayah sesekali mengintip saat kamu sedang berborak berdua di ruang tamu..
Sedarkah kamu, kalau hati Ayah merasa cemburu?
Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan Ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.
Maka yang dilakukan Ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat kuatir…

Ketika melihat putri kecilnya pulang larut malam hati Ayah akan mengeras dan Ayah memarahimu.. .
Sadarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti Ayah akan segera datang?
“Bahwa putri kecilnya akan segera pergi meninggalkan Ayah”
Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk masuk ke Universiti.
Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan Ayah itu semata – mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti…

Tapi Ayah tetap tersenyum dan mendukungmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan Ayah..
Ketika kamu menjadi gadis dewasa…..Dan kamu harus pergi jauh…
Ayah harus melepasmu ke bandar.
Tahukah kamu bahwa badan Ayah terasa kaku untuk memelukmu?
Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat itu dan ini, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. .
Padahal Ayah ingin sekali menangis seperti Ibu dan memelukmu erat-erat.
Yang Ayah lakukan hanya mengesat sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk bahumu berkata “Jaga dirimu baik-baik ya sayang”.
Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT…kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
Disaat kamu perlukan wang untuk membiayai yuran semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah Ayah.
Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya mampu merasa sama dengan teman-temannya yang lain.
Ketika permintaanmu bukan lagi sekedar meminta mainan baru, dan Ayah tahu ia tidak mampu memberikan yang kamu inginkan….
Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : “Tidak….. Tidak!”
Padahal dalam hati Ayah, dia sangat ingin mengatakan “Iya sayang, nanti Ayah belikan untukmu”.
Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?
disaat kamu graduasi sebagai seorang sarjana,
Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.
Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat “putri kecilnya yang tidak manja berhasil menjadi dewasa, dan telah menjadi seseorang”

Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada Ayah untuk mengambilmu darinya.
Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin..
Karena Ayah tahu……
Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.
Dan akhirnya….
Saat Ayah melihatmu duduk di pelaminan bersama seseorang lelaki yang di anggapnya layak menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia…..
Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu Ayah pergi kebelakang , dan menangis?

Ayah menangis karena sangat bahagia, kemudian Ayah berdoa…..
Dalam lirik doanya kepada Tuhan, Ayah berkata:
“Ya Allah, ya Tuhanku …..Putri kecilku yang kucintai telah menjadi wanita dewasa yang cantik….
Bahagiakanlah ia bersama suaminya…”

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk…
Ayah telah menyelesaikan tugasnya menjagamu …..
Ayah, Bapak, atau Abah kita…Adalah seseorang yang harus selalu dilihat kuat…
Bahkan ketika dia tidak kuat, dia tidak menangis…
Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu. .
Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa “KAMU BOLEH” dalam segala hal..

Thursday, 4 August 2011

Sudah "ON" kan suis??

Bismillahirahmanirahim

Hari ini sy ingin berkongsi satu artikal menarik yg dipetik dari buku ‘Jangan Tidak-Tidak’ hasil tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Hajj iaitu mengenai ‘Ibu Jari Kaki sebagai Suis Badan’.

Kalau becerita pasal suis mesti dah tau fungsinya kan??. Suis sudah semestinya digunakan untuk ‘ON’ sesuatu benda, contohnya suis kipas digunakan untuk ‘ON’ kipas tu kasi pusing.. Suis badan pula digunakan untuk ‘ON’ badan! Suis badan ni kalau semakin kerap dipetik semakin BAGUS psikologi kita. Maksudnya semakin bagus harmoni, aura dan arus dalam diri. So, salah satu cara nak dapat hidup yg bagus aman damai indah harmoni bla bla bla , kita kenalah selalu petik suis ni.

Analogi yg sesuai buat mereka yg tak faham : UBAT GIGI, bila kita picit ubat gigi tuh, keluar ‘ubat gigi’ yg putih tu kat muncung atas kan? Tenaga yang KITA picit dari bawah tu telah tolak ‘ubat gigi’ supaya keluar. Ubat gigi tu takkan keluar dengan sendirinya kalau KITA tak picit!

Ok, itu contoh ubat gigi. Kalau ibu jari kaki? Memang tak nampaklah hasil tu kalau kita picitpon, tapi kesannya dapat dirasai oleh badan kita. ‘Nerve’ atau saraf kat kaki kita ni rupa-rupanya berkaitan dengan tubuh badan yang lain. Contoh dlm buku nie : “kadang-kadang bila kita picit dada, contohnya terasa di paha; kadang-kadang kita picit lengan terasa dibelakang” pernah ke alami? (mungkin sedar atau tidak)


Ah..lagi satu, kita pernah tengok orang urut telapak kaki kan, atau nama lainnya ‘Refleksologi’. Masa kecik-kecik time pergi taman or hospital ada tempat batu-batu, yang orang jalan atas tu tanpa selipar, tp sy dengan selambanya berlari-lari dengan selipar sebab kalau jalan dgn kaki ayam sakit!

Sebagai orang islam, kita kena bersyukur sangat-sangat sebab hari-hari suis badan dipetik. Waktu solat, 5 kali sehari, kalau campur 20 rakaat tarawikh, witir, solat-solat sunat lagi..warghhh.. kalau nak dapatkan hasilnya, suis tu kena la picit betul-betul. Maksudnya bengkokkan ibu jari kaki betul-betul waktu sujud, duduk antara dua sujud, tahiyat awal dan tahiyat akhir. Ada yang tak nak bengkokkan ibu jari kaki waktu dia solat. Tiada siapa sangka cuma membengkokan ibu jari kaki dapat memberi kesan besar kepada diri kita. Mula-mula memang rasa sakit, tapi kalau dah biasa buat okay je. Ini satu kelebihan waktu kita solat, tapi kalau korang nak tau macam-macam lagi kebaikan masa solat boleh la baca kat link nie.


Subhanallah :) memang setiap sesuatu yang Allah lakukan tak pernah sia-sia.

Wednesday, 27 July 2011

Belum selesai tugasku..


kerja memang tak pernah habis!! hari-hari pergi kerja..malas pon terpaksa jgk la pergi kerja..pagi-pagi dah keluar rumah, petang baru balik.. duk rumah pon bkn boleh goyang kaki, kerja berlambak nak kene siapkan.. xsanggup rasanya nk dengar bebelan bos..nak tak nak kene buat la jgk sampai siap..gaji pon bos yg bayar..
kat tempat kerja 'bos' dianggap ketua sebab tempat tu dia yg punya..segala yg dia cakap semuanya betul..perkerja ni buat semua benda dr A sampai Z tanpa membantah..berani ke nak lawan bos??sekali dia pecat!! tersengih la macam kerang busuk tepi tingkap office..

kebiasaannya semua kerja mesti ada ketua atau bos laa..dia yg tetapkan segala-galanya..pekerja kene akur dan buat semua kerja yg ditetapkan..

....belum selesai lagi tugasku sebagai hambaNya...menjadi  'hamba' kepada Allah s.w.t juga satu tanggungjawab yg besar kat dunia ni..


Allah s.w.t adalah 'bos' kat dunia ni..Dunia diciptakan oleh-Nya..
Kita manusia diberi peluang untuk hidup kat dunia nie tapi bukan untuk bergembira atau bersenang-lenang..

p/s: jgn fikir bole buat sesuka hati kat dunia nie! :)

Allah s.w.t dah tetapkan syarat-syarat dan cara-cara camne nk hidup dengan cemerlang sebagai hamba-Nya..solat,puasa,zakat,menutup aurat etc.. semua merupakan 'kerja' yg telah ditetapkan oleh Allah s.w.t... kalau buat kerja tu kenalah bersungguh-sungguh kn?? bekerja dengan Allah s.w.t turut memerlukan komitmen yg tinggi..sebab ganjaran yg diberikan tersangatlah besar iaitu SyurgaNya..insyaAllah

Thursday, 21 July 2011

sedapnya makan!!

Bila lapar jawabnya makan la..makan then makan lagi..haha..nafsu je tuh..
xpernah puas..kadang-kadang bukan lapar pon..just saja nak makan2..betol x??
tak lama lagi dah nak puasa..adehhh..*bulan utk kurangkan makan dan tambahkan ibadat :))
harap2 macam tu la..
bulan Ramadan ni perlu banyak bersabar..nafsu tuh perlu dikawal sikit..sepatutnya memang kena kawal nafsu tuh..bkn bulan puasa je.. terutamanya nafsu makan..haha..nafsu lain pon kene kawal jgk!!


sedapkan??tgk gambar pon dah boleh terliur..paling best nnti puasa ade pasar Ramadan ^^
naseb tahun ni i puasa kat M'sia  mase kecik-kecik memang excited bila mak ayah ajak pegi pasar Ramadan.sume bende nak beli..nampak ayam percik,kuih muih..ABC..cendol..memang mantappp!!

tp tu masa kecik..mase xtw ape2 lagi..*cam cite upin dan ipin 
bila dah besar mcm nie xkan nk layan jugak nafsu tuh..kalau kuat makan sekalipon bawak2 la bersabar..nnti xlarat nak pegi tarawikh..

Kita sebagai umat Islam diajar untuk bersederhana dalam setiap perkara..ambillah waktu yang ade nie untuk memantapkan iman agar nafsu berjaya dikawal dlm bulan Ramadan nanti dan ibadah pon bertambah ^^

Saturday, 9 July 2011

tang sana..tang sini...

alamak! tak handsomelah!!tak cantik!! tang sini salah!! tang sana xbetol!! Manusia, kalau bercakap lantangnya tak disedari..sedapnye dia komen itu ini..mudahnya menunding jari...

kalaulah dibilang dalam sehari berapa kali Alhamdulillah diucapkan?? try tutup mata la bilang..
mungkin hanya selepas makan..mungkin juga hanya setelah bonus masuk... 
haiihhh.. susahnya manusia nak bersyukur... agak-agak kalian, boleh kira ke nikmat yg Allah kasi dalam sehari?? of course la tak!!banyak kottt... 

Tau plak banyak..tengok kanan, tengok kiri..semua tuh nikmat..tapi mulut tuh still nak me'ngomen' itu ini..ish2..memang Allah dah tau manusia xbersyukur..sebab tulah siap2 Allah dah cakap dalam surah ar-rahman 

    فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  
"maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?" 

errr kelu lidahh.. hahh..mampu ke nak jawab soalan nie?? berasap kepala otak nak pikir jawapan..memang tak terjawablah.. >.<" Dah tu? 'Alhamdulillah'lah, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kasi..xpayah nak komplen2.. Allah xminta dibalas pon..hanya suruh kita jadi hamba yang taat kepadaNya..Kalaulah Allah nie nak komen status kita sebagai hamba Dia..hurrmm..tang sana berlubang..tang sini koyak...macam mane??

lagi satu, kalau orang kasi hadiah kat kau..seronok je terima..xkesahlah mahal ke murah ke..xbising plak..sebab pe?? yelaa..tu pun nasib orang nak kasi hadiah kat kau..terima jelah.. senang je nak redha dengan pemberian manusia.. 

tapi..sebenarnya hadiah tu pon datangnya dari Allah...