Monday, 22 August 2011

Love letter buat sahabat



Buat sahabatku,

Bissmillahirahmanirahim.

    Terngiang-ngiang tawamu ditelingaku, masih terbayang senyumanmu ketika bersamaku. Terlalu sekejap masa berlalu, setahun sudahku mengenali dirimu. Orangnya sangat periang, sentiasa mengembirakan hatiku. Masih belum pernah aku melihat dirimu menangis, jauh berbeza dengan diriku yang sudah berkali-kali menangis di hadapanmu 
Dirimu begitu tabah, dan kau begitu bijak memainkan perananmu sebagai seorang sahabat. Sabar sahaja kau melayan karenahku, tekun kau mendengar segala luahan hatiku. Lagaknya seperti kau tidak mempunyai sebarang masalah sama sekali.

     Walaupun aku jarang bertemu dengan mu, namun cintaku buat sahabatku ini tidak pernah pudar. Tenang bilaku bersamamu. Ku kirimkan doa buatmu disetiap sujudku, biarpun kau tidak lagi berada di sisiku. Terlalu rindu aku akan dirimu sahabat. Ingin sekali ku memeluk tubuhmu buat kesekian kalinya. Kadangku menangis sendirian, bila lagu kegemaranmu bermain di radio. Sebak sungguh dadaku menahan rindu. Ya, aku harus tabah. Aku perlu sedar, tiada lagi sahabat sebaik dirimu.

     Tiada apa yang mampu ku harapkan dari mu lagi. Ukhuwah yang terbina ku pohon keberkatan dan keredhaan Ilahi.  Moga doaku untuk bertemu dirimu di syurga kelak dimakbulkan. Amin ya Rab.

Dari sahabatmu yang terus mencintai. 



2 comments: